Wednesday, November 27, 2013

Biasiswa Luar Negara: Jepun

Lama betul tak update blog nih. Tapi disebabkan permintaan ramai dan ranking yang tinggi, kena juga tolong bagi maklumat untuk sesiapa lepasan SPM menyambung pelajaran ke Jepun.

Sebelum diterbangkan untuk sambung ke Jepun, perlu buat persediaan di Malaysia seperti belajar asas bahasa jepun & dilatih mendengar perbualan orang Jepun. Secara asasnya yang diketahui setakat ni, ada empat pilihan sebagai medium utama untuk menyambung pelajaran di Jepun:

1. Ambang Asuhan Jepun (atau dikenali dengan RPKJ: Rancangan Persediaan Khas Jepun)
   - Tajaan biasiswa JPA
   -  Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun
   - Program Ijazah (6 tahun)

2. Institut Bahasa Teikyo
   - Tajaan kerajaan/persendirian/swasta
   - Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun (lebih kurang seperti program AAJ)
   - Program Ijazah (6 tahun)

3. Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ)
   - Tajaan biasiswa JPA
   - 2 tahun di Malaysia, 3 tahun di kolej Jepun (diploma), 2 tahun di universiti Jepun
   - Program Diploma & Ijazah (7 tahun)

4. Japanese Associates Degree (JAD)
   - Tajaan biasiswa MARA
   - 3 tahun di Malaysia (diploma), 2 tahun di Jepun (ijazah)
   - Program Diploma & Ijazah (5 tahun)

Program kat atas ni hanya persedianan & medium untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, pilihan universiti akan dipilih pada tahun akhir persediaan di Malaysia nanti. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ni.

Anda mungkin juga berminat untuk tahu program biasiswa lain. Ikuti http://hairulazizi.blogspot.jp/2015/01/pinjaman-pelajaran.html

34 comments:

Unknown said...

Salam. Saya di uthm mngambil diploma in civil engineering. Ada tak medium untuk sambung degree nanti di jepun?

Hairul Azizi said...

assalam saudara,
medium sambung degree ada. biasanya setakat ni yang saya tahu ada tiga:

1) pinjaman MARA
2) Biasiswa JPA
3) Biasiswa Universiti.

Biasiswa JPA untuk sambung degree agak susah sikit dengar ceritanya sebab result perlu gempak. Kalau MARA mudah sikit dapat pinjaman katanya. Seelok-eloknya tanya pihak UTHM ada tak program untuk lanjutkan pelajaran degree di jepun di bawah kelolaan pihak universiti.

Hairul Azizi said...

biasiswa bagi kursus pengajian oleh kerajaan jepun kini dibuka http://www.sinarharian.com.my/nasional/biasiswa-bagi-kursus-pengajian-jepun-kini-dibuka-1.249696

Aliya Mazwin said...

assalamualikum.saya ada baca tentang kursus pengajian oleh kerajaan jepun.tapi mereka hanya terima orang yang ada sjil matrik,UEC, dgn diploma.klau saya ambil asasi dan result saya baik boleh ke saya apply?

Hairul Azizi said...

waalaikumsalam.. tak berapa tahu sama ada sijil asasi boleh mohon atau tidak. sebaik-baiknya berbincang terus dengan pihak yang uruskan biasiswa (JPA, MARA atau pihak kedutaan). Kalau boleh apply terus asasi yang ada biasiswa seperti program ijazah RPKJ (Rancangan persediaan khas Jepun) atau IBT (Institut Bahasa Teikyo). tapi kalau bidang perguruan, tajaan biasiswa agak meluas dan secara terperincinya boleh rujuk http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2612%3Athe-japanese-government-monbukagakusho-mext-2014-scholarship-for-teacher-training&catid=72%3Ajpa-sponsorship&Itemid=12&lang=ms

Unknown said...

assalamualaikum,,
saya adalah lepasan pelajar institut bahasa teikyo 6 tahun yang lepas. saya tidak dapat tamatkan pengajian saya disebabkan ekonomi syarikat bapa saya yang jatuh menjunam pada ketika itu.dan selepas 6 tahun berkerja tanpa sebarang kelulusan saya sedar betapa ruginya saya.saya belajar bahasa jepun di institut tersebut sampai ke level N3 dan N2.tahun ini umur saya 26.dan saya masih ingin menanam hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit.

dengan result SPM yang cukup makan lulus sahaja..saya tidak ada confidence untuk dapatkan biasiswa atau any scholarship..sekiranya saya membuat pijaman mara adakah pinjaman saya akan diluluskan..saya ingin meneruskan pelajaran dalam bidang japanese culinary.sekiraya saya dapat membuat pinjaman saya still perlu tempuhi class pra collage jepun sebelum melanjutkan pelajaran..

apa langkah yang perlu saya buat?
saya meminta cadangan dan pendapat encik..

terima kasih

Unknown said...

assalamualaikum,,
saya adalah lepasan pelajar institut bahasa teikyo 6 tahun yang lepas. saya tidak dapat tamatkan pengajian saya disebabkan ekonomi syarikat bapa saya yang jatuh menjunam pada ketika itu.dan selepas 6 tahun berkerja tanpa sebarang kelulusan saya sedar betapa ruginya saya.saya belajar bahasa jepun di institut tersebut sampai ke level N3 dan N2.tahun ini umur saya 26.dan saya masih ingin menanam hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit.

dengan result SPM yang cukup makan lulus sahaja..saya tidak ada confidence untuk dapatkan biasiswa atau any scholarship..sekiranya saya membuat pijaman mara adakah pinjaman saya akan diluluskan..saya ingin meneruskan pelajaran dalam bidang japanese culinary.sekiraya saya dapat membuat pinjaman saya still perlu tempuhi class pra collage jepun sebelum melanjutkan pelajaran..

apa langkah yang perlu saya buat?
saya meminta cadangan dan pendapat encik..

terima kasih

Hairul Azizi said...

waalaikumsalam..

terima kasih kerana bertanya soalan yang saya rasa agak penting ni.

soalan ni bermanfaat juga untuk orang lain rasanya.

Bagi saya result SPM bukanlah penentu untuk sama ada boleh melanjutkan pelajaran ke Jepun atau tidak.

Yang penting apakah persediaan SEKARANG untuk ke Jepun.

Yang lepas biarkan lepas..

Berbalik pada soalan, pinjaman MARA sama ada lulus atau tidak, agak sukar untuk saya berikan jawapan. Tapi saya akan cuba jelaskan apa yang boleh dibuat untuk melanjutkan pelajaran di Jepun berdasarkan pengalaman orang lain yang saya perhatikan.

Pandangan saya, tidak perlu tumpukan pada MARA saja. Kerajaan Jepun juga ada tawaran biasiswa (mombukagakusho shogakkin). Sebenarnya banyak lagi biasiswa/pinjaman boleh tuan dapatkan.

Ada seorang rakan saya dari Thailand pernah datang ke sini dua tahun lepas sebagai pelajar pertukaran universiti selama 6 bulan. Selepas tu, dia balik ke universiti di negara dia (Universiti Chiang Mai) dan mendapatkan ijazah. Dia berhajat untuk sambung master disini tapi tak dapat melanjutkan pelajaran disebabkan kekangan duit.

Setelah beberapa bulan dia bekerja di syarikat Jepun, dia bekerja sendiri untuk kumpul duit tapi dalam masa yang sama dia berusaha dapatkan biasiswa kerajaan Jepun. Dalam masa yang sama dia mengambil peperiksaan level N2 JLPT (japanese language proficiency test) & EJU (Examination for Japanese University) sebagai batu loncatan untuk memudahkan syarat biasiswa. Terkejut dapat jumpa dia balik tahun ni & dia berjaya melanjutkan master dia.

Dalam kes lain pula, ada saudara saya yang langsung tak pernah belajar bahasa Jepun dapat melanjutkan PHD dia kat sini. Sebab dia dapat biasiswa dibawah universiti dia (UTeM). Dia ni pensyarah, jadi memang universiti galakkan untuk sambung belajar & pilihan dia adalah ke Jepun.

Maksudnya disini lebih mudah untuk sambung belajar ke luar negara jika sedang belajar di universiti tempatan.

Sebagai info tambahan, baca juga artikel dibawah ini untuk dapatkan idea & cara melanjutkan pelajaran ke Jepun:

http://thevocket.com/tips-permohonan-biasiswa-untuk-pengajian-luar-negara-yang-ramai-tidak-tahu/

Anonymous said...

Assalam.sy ingin ke jepun tapi sy amik aliran sstera..boleh ke sy mohon utk ppktj atau aaj..sy lepasan spm2014

Hairul Azizi said...

boleh. sila rujuk syarat-syarat permohonan biasiswa ke luar negara

annatasha said...

Saya lpsn spm 2014 Dan ingin mlnjtkn pljrn dlm bidang aeronautical Eng. Blh ke klau saya nk apply biasiswa ni? Adakah saya perlu study di ipta sblm ke Jepun atau bagaimana? Mohon pencerahan saudara.

Hairul Azizi said...

Ya boleh. Sebelum keputusan SPM diumumkan nanti, boleh check permohonan biasiswa di laman web JPA, MARA atau pihak kedutaan Jepun. Sebelum melanjutkan pelajaran ke Jepun, saudara/i perlu menjalani program persediaan yang dibuat di IPTA atau tempat tempat khas (seperti di Institut Bahasa Teikyo KL). Apa-apa pun, mohon dulu dan ikut arahan seterusnya dari pihak yang menguruskan biasiswa.

Unknown said...

Assalamualaikum, saya merupakan lepasan spm 2014, dan saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di Jepun. Sekarang ini saya sedang belajar di Teikyo atas biayaan sendiri. Namun, saya juga ingin memohon program-program yang ditawarkan oleh JPA, AAJ, dan kerajaan Jepun kerana kekangan kewangan. Setakat ini saya baru sahaja mengisi borang JPA,. Cuma, bagaimanakah cara saya untuk memohon AAJ? Adakah ia tersenarai dalan pilihan upu, ataupun saya perlu mengisi borang lain? Di manakah saya boleh memperoleh borang tersebut? Saya telah mencuba memohon program MARA, tetapi saya tidak diterima masuk program tersebut atas kecuaian saya ketika temuduga. Selain empat program yang Tuan telah berikan, adakah terdapat program atau tajaan lain bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun?

Hairul Azizi said...

Waalaikumsalam,

AAJ boleh dimohon melalui JPA di bawah PILN (Program Ijazah Luar Negara). Boleh isi borang secara online saja di laman web JPA bahagian PILN. Selain dari yang dinyatakan, boleh cuba mohon biasiswa Mombusho (Kementerian Sains/Teknologi) Jepun. Ikuti syarat & hadiri temuduga yg mungkin dibuat bila2 masa.

Unknown said...

Assalamualaikum..sy lepasan diploma engineering uitm. Sejak skolah lg sy mmg dah menanam hasrat utk further stdy di jepun. Boleh tlg berikan panduan atau nasihat bagaimana utk sy tunaikan impian sy ni. Sy berminat utk menyambung dalam bidang lingustic memandangkan sy pernah mengikuti klas bhsa jepun semasa di skolah dahulu.

Unknown said...

assalamualaikum, saya sekarang dalam dilema, saya ada menanam hasrat untuk smbg belajar di jepun, tp dgn reslut spm2014 hanya ada 4A, mmg saya tidak layak untuk mendapatkan mana2 biasiswa untuk smbg belajar di sana. Pada pendapat encik, apa yang ptt saya ambil? adakah diploma, asasi, matriks,? yg lebih banyak peluang untuk sambung belajar disana. Saya berhasrat untuk sambung dalam bidang kejuruteraan mekanikal . Harap encik dpt bantu saya :)

Hairul Azizi said...

Boleh saja sambung belajar di universiti tempatan. Ada universiti tempatan menawarkan biasiswa ke luar negara ke Jepun juga nanti. Sebagai contoh UTeM (Universiti teknologi Melaka) ada menawarkan biasiswa untuk lanjutan diploma/ijazah ke master/phd dan sebagainya atas tajaannya.

Unknown said...

sye dh dpt twrn utk belajar di jepun melalui jpa mara ..sblm tu sye kena belajar di institut bahasa teikyo..sye tkt utk ke jepun kerana hmpr semua org mengatakn yg bhsa jepun tu susah..akibat kecuaian sye yg meletakkn negara jepun sbg plhn pertama utk smbg blaja,skrg sye betul2 pening nk fikir..patutkah sye smbg trs di jepun??

Anonymous said...

hi. kalo saya dari diploma adtec nak smbung aviation luar negara mcm mane ? tq

Hairul Azizi said...

Jawapan/pendapat

Patut diteruskan! Kenapa perlu berhenti kat pertengahan jalan?

Dulu sebelum saya ke Jepun, ada je suara2 cakap "ala.. ko belajar Jepun sama je macam belajar kat sini". masa tu macam terpikir jugak macam betul jugak. tapi masa tu fikir, pengalaman/budaya kita dapat mungkin lain.

Memang betul, pengalaman & budaya kita di sana tu lain. Memang susah nak cerita kat orang. Contoh macam kenapa budaya org Jepun boleh tak mencuri walaupun kita tak kunci rumah, kenapa diorg tak dengki bila kita lg lebih dr dia malah lagi beri galakan/sokongan?

Budaya masyarakat kita memang suka membayangkan benda yang belum berlaku. Dan bayangan tu selalunya negatif! Kita sendiri belum cuba, mana kita tahu benda tu susah atau tidak. Setiap kesusahan tu ada kesenangan, setiap perkara ada hikmahnya.

Negara Jepun selalu dibayangkan susah nak dapat makanan halal, susah nak belajar bahasa dan sebagainya tapi ada tengok tak dah berapa ramai yang boleh survive? Kenapa nak dengar cakap dari orang yang tak pernah ke Jepun pulak?

Sepanjang 4 tahun sy di Jepun, segelintir pelajar yang bermasalah ni sebenarnya bukan disebabkan masalah bahasa tapi masalah sendiri. Bila ada masalah jangan menyendiri, kena campur org lain, berbincang dgn kawan/senior/pensyarah dan sebagainya.

Bahasa susah yang dikatakan tu sebenarnya dari masalah cara belajar sendiri. Kalau cara belajar tak betul, belajar apa2 bahasa pun sukar.

Kalau susah nak belajar bahasa, boleh cuba cara sendiri. Macam cara saya, banyak tengok anime/drama untuk biasakan perbualan harian di Jepun.

Fikirkan.. ramai lagi pelajar2 lain berebut untuk dapatkan lanjutan pelajaran ke Jepun. Kenapa dengan hanya cakap2 org saja kita mensia2kan peluang yg ada? move forward!

Hairul Azizi said...

Boleh cuba mohon biasiswa atau pinjaman luar negara jpa atau mara. Atau mungkin tempat belajar diploma ada biasiswa, boleh rujuk bhn pentadbiran

Unknown said...

Assalamualaikum sy pljr spm2015...sy ingin mlnjutkn pljrn ke jepun dlm bidang astronomi..apa yg perlu sy lakukan sblum / slps result spm diumumkan ? Bgmna utk memohon biasiswa ? Terima kasih ^^

Rina said...

biasiswa AAJ, JPA atau MARA hanya sediakan biasiswa engineering je ke untuk ker jepun....saya nak sangat belajar di jepun tapi bukan dalam bidang engineering atau teknikal...boleh tolong saya?

Unknown said...

Nak tanya, apa course yang ditawarkan dlm RPKJ dengan institut bahasa teikyo? Adakah sama?

Anonymous said...

saya lepasan spm 2015.. sy dh mohon dkt JAD tu tp sy x minat dgn kos y dtwrkan...sy minat chemical eng..skg ni sy dh buntu...x tau mcm man lagi nk smbung pengajian ke jepun...seboleh2 bolehnya saya nk smbung bljr k jepun pd thun 2016 ni...tolong sy bang...sy dh buntu sgt2 ni.~

Unknown said...

Salam cmne nk aplly program AAJ n PPKTJ?

Hairul Azizi said...

Waalaikumsalam cik Nursyahira Sabrina, untuk bidang astronomi boleh mohon biasiswa JPA sebelum SPM diumumkan nanti. Pilih saja bahagian engineering. Sebulan sebelum SPM diumumkn, rujuk laman eSila JPA setiap hari kalau boleh untuk tahu bila permohonan dibuka. bersedia utk sesi temuduga dulu. nanti dah ok semua baru boleh sy cerita lanjut. tp xpe sy cerita dulu.. nti dah lepas masuk AAJ ni, masa mohon universiti boleh mohon universiti yang ada tawarkan course bidang astronomi. Sebenarnya masa baru masuk universiti di jepun, kita diberi lagi pilihan pada tahun pertama dan kedua jika mahu tukar course mengikut budibicara pihak universiti dan pilihan kita. Tu sebab ada yg mohon mechanical engineering, tapi boleh pilih bidang aerospace masa tahun ke 3 di universiti jepun.

Hairul Azizi said...

Course RPKJ & IBT hampir sama saja ikut pilihan kita. Yang beza sama ada kita nak buat diploma dulu atau kursus dulu & melompat ke ijazah. ada pro 7 con. tak minat course takpe, janji universiti yang kita nak masuk tu ada course yang kita minat. mengikut pilihan kita & budibiacra pihak universiti di jepun sebenarnya boleh ubahkan course mengikut kesesuaian kita

Unknown said...

Bagaimana saya nak mohon program AAJ? Adakah kelayakan untuk pelajar lepasan SPM 2015 bergantung kpd keputusan SPM?

Unknown said...

salam. kalau saya nak sambung course accounting atau economy kat jepun boleh x? mcam mna nak apply AAJ n PPKTJ?

Anonymous said...

Errrmm.. program AAJ tu utk ijazah sja kh taupun utk diploma n ijazah skali?? Dan ada kh program yg lain utk bidang slain kejuruteraan dan teknikal?? ^^

Anonymous said...

Salam. Nak tanya, ada tak cara untuk saya sambung master di jepun? Saya terima ijazah dalam bidang art (graphic design) 5 tahun lepas tapi saya tak nak sambung master dalam bidang tu. Saya lebih berminat untuk belajar bahasa. Sekarang saya pun tengah belajar bahasa jepun di salah satu language school. Harap boleh bagi pendapat. Thanks.

Hairul Azizi said...

Wassalam. antara cara yang saya tahu ialah melalui universiti tempatan pun boleh. jika universiti menawarkan pilihan biasiswa luar negara seperti ke Jepun boleh apply. rujuk bahagian pengajian luar negara di universiti

Hairul Azizi said...

Selain bidang kejuruteraan dan farmasi, ada juga bidang lain jika dibuka tawaran mengikut syarat yang ditetapkan (keputusan SPM, hadir ke interview dan sebagainya) perkara ini perlu rujuk pada JPA (klik link http://esilav2.jpa.gov.my/)