Wednesday, November 27, 2013

Biasiswa Luar Negara: Jepun

Lama betul tak update blog nih. Tapi disebabkan permintaan ramai dan ranking yang tinggi, kena juga tolong bagi maklumat untuk sesiapa lepasan SPM menyambung pelajaran ke Jepun.

Sebelum diterbangkan untuk sambung ke Jepun, perlu buat persediaan di Malaysia seperti belajar asas bahasa jepun & dilatih mendengar perbualan orang Jepun. Secara asasnya yang diketahui setakat ni, ada empat pilihan sebagai medium utama untuk menyambung pelajaran di Jepun:

1. Ambang Asuhan Jepun (atau dikenali dengan RPKJ: Rancangan Persediaan Khas Jepun)
   - Tajaan biasiswa JPA
   -  Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun
   - Program Ijazah (6 tahun)

2. Institut Bahasa Teikyo
   - Tajaan kerajaan/persendirian/swasta
   - Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun (lebih kurang seperti program AAJ)
   - Program Ijazah (6 tahun)

3. Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ)
   - Tajaan biasiswa JPA
   - 2 tahun di Malaysia, 3 tahun di kolej Jepun (diploma), 2 tahun di universiti Jepun
   - Program Diploma & Ijazah (7 tahun)

4. Japanese Associates Degree (JAD)
   - Tajaan biasiswa MARA
   - 3 tahun di Malaysia (diploma), 2 tahun di Jepun (ijazah)
   - Program Diploma & Ijazah (5 tahun)

Program kat atas ni hanya persedianan & medium untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, pilihan universiti akan dipilih pada tahun akhir persediaan di Malaysia nanti. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ni.

Anda mungkin juga berminat untuk tahu program biasiswa lain. Ikuti http://hairulazizi.blogspot.jp/2015/01/pinjaman-pelajaran.html