Friday, March 25, 2011

Permohonan untuk biasiswa JPA ke luar negara.

Sudah mendapat keputusan SPM yang cemerlang? Tahniah diucapkan. Tetapi bagi sesiapa yang gagal janganlah berputus asa bak kata orang "Gagal sekali bukanlah gagal selama-lamanya". Banyak lagi peluang belajar boleh diperoleh dalam negara kita yang aman ini. Pepatah masyarakat Jepun mengatakan "Kegagalan adalah ibu kepada kejayaan". Oleh itu, jangan bersedih. Bagi sesiapa yang berjaya pula jangan sia-siakan peluang keemasan anda untuk mendapatkan biasisiswa kerajaan. Berikut adalah laman web JPA untuk mendaftarkan diri anda mendapatkan permohonan program ijazah luar negara (PILN) bagi tahun 2011: http://esilav2.jpa.gov.my/. Anda perlu memasukkan no. I/C & kata laluan untuk masuk mendaftar (pengguna baru juga boleh mendaftar) di laman web:http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/piln/. Bagi yang masih ragu-ragu & ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman panduan JPA ini: http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2011_PILN/panduan_pengguna_PILN_2011.pdf. Untuk menyertai Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ), anda boleh memilih program ijazah Jepun (bukan program teknikal/diploma). Lebih baik memilih program ijazah kerana sijilnya lebih laku & program diploma mengambil masa yang lama untuk graduasi.

11 comments:

Anonymous said...

just wondering...
biasenye course ape yup??
chemical engineering je k??
trimas...

Major Rush said...

Assalamualaikum
tengokkan tarikh perkara ini dipos, sudah setahun berlalu.
Time really does flies...
Jadi saya nak tanya jika abang ada info tentang tajaan jpa ini(RPKJ),
adakah jpa/kerajaan akan membuka lagi peluang untuk mendapatkan biasiswa ke jepun pada tahun ini (2012)?
Terima kasih sgt2 jika abg dpt memberikan sbrg reply =)

Hairul+Azizi said...

buat masa ini tiada perkembangan terbaru yang boleh saya perolehi daripada biasiswa JPA (merujuk laman web pembangunan modal insan JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/)

Saya akan cuba maklumkan jika ada perkembangan terbaru mengenainya.

Hairul+Azizi said...

bidang yang ditawarkan lebih kepada jurusan engineering, tak kira course mana-mana pu. termasuk aeronautic/aerospace/chemical/electrical or mechatronic.

Syed said...

Abang, untuk lepasan SPM 2013, macam mana nak memohon? Abang pos ni dah lama dah. Saya tak reti macam mana nak memohon.. maaf. HArap2 abang reply. Sankyu~

Hairul+Azizi said...

kebiasaannya permohonan boleh dibuat pada hari sebaik sahaja pengumuman keputusan SPM dikeluarkan sehingga tarikh temuduga. pastikan sentiasa tengok perkembangan semasa dalam laman web JPA berkaitan program ijazah luar negara pelajar. biasanya permohonan dibuka pada Mac setiap tahun.

Hairul+Azizi said...

buat masa sekarang, dasar kerajaan mengenai dasar pandang ke timur masih tidak berubah.

Anonymous said...

ssalamualaikum. saya lepasan spm 2012. sy ingin memohon PILN (jepun or rpkj). apabila sy melawat laman web JPA, mereka hanya menawarkan program khas shj iaitu program teknikal/diploma jepun/korea shj. kemudian sy melawat laman web mara, mereka ada menawarkan ijazah jepun. tetapi mereka maklumkan bhw program tersebut di bawah kerjasama JPA-MARA. jadi biasiswa yg mana perlu sy mohon untuk ke RPKJ ?

Hairul+Azizi said...

tak perlu kira sama ada ianya bawah MARA atau JPA sbb syaratnya lebih kurang sama. yang penting sama ada program ijazah atau diploma yang mahu dipilih. dicadangkan memilih program ijazah sbb lebih segera utk dptkan sgulung ijazah. ttp klo sendiri mahu pilih program diploma, terpulang pada diri sendiri sbb ada org suka belajar sikit demi sedikit utk dptkn kelas sijil walaupun mgmbil masa. moga berjaya dlm memohon. jikalau xdpt, tak mngapa sbb peluang belajar tu luas lg.

Aliya Mazwin said...

selain engineering/aeronautic/aerospace dgn lain, course mcm food technology a.k.a sains pemakanan ada x? saya berminat utk belajar di jepun tp saya x minat bidang mcm aerospace/aeronautic dll. jadi saya tertanya-tanya bidang lain ada x?

Hairul+Azizi said...

biasiswa untuk bidang linguistic, farmasi & pergigian ada juga. untuk sains pemakanan tak berapa tahu ada biasiswa untuk bidang tersebut. tapi apa yang anda belajar di universiti tak semestinya akan bekerja bawah bidang tersebut. contohnya, pelajar engineering tak semestinya akan bekerja bidang engineering, ada yang bekerja bawah bahagian pemasaran/marketing perniagaan atau sebagai translator. tapi bidang engineering berkaitan sains bahan (材料工学:bunyi zairyou kougaku)ada menyentuh mengenai sains pemakanan.