Monday, November 2, 2009

Keutuhan Masjid Kobe


Masjid Kobe, Jepun yang masih utuh walaupun kawasan sekelilingnya musnah dibom pada Perang Dunia ke-2 tahun 1945..




Masjid Kobe masih bertahan setelah berlaku gempa bumi pada 17 Jan 1995.. Gempa bumi ini antara yang terdahsyat di Jepun & menyebabkan sekurang-kurangnya 6000 kematian..
Ikuti pautan ini-klik sini

Friday, September 18, 2009

Sunday, August 16, 2009

Shinkansen..




Shinkansen adalah sebuah kereta api peluru yg sangat laju.. Untuk memberhentikan kenderaan ini, jarak 5km diperlukan.. Maknanye, sebelum shinkansen sampai ke sesebuah stesen, shinkansen akan mula membrek dgn jarak 5km sebelum sampai ke stesen. Susah betol nk memberhentikan shinkansen ini dgn slmt ye?

Sjarah Shinkansen brmula pd 1hb Oktober 1964 apabila Shinkansen Tokaido, iaitu Shinkanshen yang pertama dibina menghubungkan Tokyo dgn Osaka. Kemudian diikuti dengan Shinkanshen Sanyo, Tohoku, dan Joetsu. Kini, Shinkanshen ke Hokuriku, Kyushu, dalam pembinaan.
Nozomi Shinkansen adalah yg plg laju skali melalui Tōkaidō-Sanyō. Kelajuan dicapai 300 km/h.. kebanyakan shinkansen ditadbir urus oleh syarikat JR (Japan Railwayz).

Friday, July 10, 2009

Hari Sukan - Sports Taikai





Huhh.. penatlah hari ni bermain dengan seronoknya.. Totemo tsukaremashita ga, tanoshikatta desu..
Da jadi tradisi asyik senpai je yang menang..
Tetapi ape2 pon, hubungan silaturahim sesama kita dpt dieratkan.. Selamat maju jaya..
Minna san, doumo arigatou gozaimashita..

Sunday, May 31, 2009

Sikap orang Jepun yang patut dicontohi..


Pelajar Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) UM sememangnya bertuah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke Jepun. Rakyat Jepun (Nihonjin) sememangnya masyarakat yang mempunyai integriti & pemikiran kelas pertama dunia. Berikut adalah sebahagian ciri2 rakyat Jepun yang patut kita semua contohi..

Ciri-ciri yang patut dicontohi

1.MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi.Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan.Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.
Jika anda terlambat walaupun seminit, ucapkan sayonara (bye) jela.. Kereta api tu pun dah merentasi jauh. Kereta api peluru mereka tersangat laju (40 kali kuasa motor mesin basuh). Bayangkan lah !!. Itulah sebab mereka sangat menepati masa..

2.MENJAGA KEBERSIHAN
Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki(stesen keretapi),kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Air paip nya boleh diminum terus tanpa perlu dimasak. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.

3.JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barang berharga dalam kereta, JANGAN risau !! kerana peratus kehilangan barang sangatlah rendah. Jika kita tertinggal dompet dimana2, pergi sahaja ke balai polis berdekatan. Insya-Allah barang anda akan didapati semula di balai polis. Subarashi !! (Wow!) jujur nya mereka ni.. Alangkah baiknya umat Islam Malaysia bersikap begitu..

4.RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam,sambil menunggu densya,dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca.Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang.Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu,maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.

5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB
Tak kira pensyarah,pekerja pejabat,pelayan restoran,driver bas dan sebagainya,mereka amat komited dengan kerja masing-masing.Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja.Bagi mereka kerja adalah segala-galanya.Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat jepun yang gah di mata dunia.Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.

6.SISTEMATIK
Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur.Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan(bunbetsu).Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.
Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Tidak seperti Rapid KL (sebagai contohnya), sistem mereka tidak menepati masa. Kadangkala kita perlu menunggu lama (sepatutnya menunggu dalam 15 minit tapi jadi 30 minit pulak).. Banyak lagi sistem Jepun yang sistematik lagi untuk diceritakan..

7.MENGHORMATI ORANG LAIN
Orang jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan.Sopan terhadap orang tua,orang yang lebih tua atau senpai(senior).Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap "irasshaimase" atau selamat datang.Walaupun ketika itu ada antara pekerja yang sedang mengemop lantai.Pun akan mengucap selamat sambil tunduk.Dan bila keluar pula akan ucap "arigato gozaimasu" atau terima kasih.Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama datang ke jepun.Juga pemandangan yang bagi saya tak akan diperoleh dimana-mana selain jepun.

Akhlak yang ditunjuk oleh orang jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.Bayangkanlah, kalaulah negara sehebat jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia,mengulang kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu....

Wednesday, May 27, 2009

Minggu Haluansiswa RPKJ



Uhh.. Penat gak terkejar2 mase minggu ni..
Maklumlah.. Baru masuk Universiti Malaya ni..
Universiti tertua di Malaysia..
Minggu haluansiswa ni bezt tp penat gler..