Saturday, October 23, 2010

Ahh.. EJU nak dekat !!

Bagi korang yang tak tahu EJU tu apa, ianya singkatan drp Examination for Japanese University (EJU) Admission. Kiranya exam nak masuk universiti di Jepun la. Exam nya memang la susah tapi boleh la buat. Exam ni antara exam penting bagi RPKJ ni selain drp peperiksaan akhir tahun.

Exam ni memang takde skema mcm SPM korang, soalannya universal. Soalannya memang la sangat mencabar & susah tapi kalau soalan yang senang tu nampak susah plak. Memang trick la soalan2nya. Masalahnya ialah kekangan masa untuk jawab soalan2 yang mencabar tu. Masa yang diberi untuk jawab satu soalan 1.5 minit. Tapi kalau sensei (cikgu) pun jawab 1 soalan mencabar amik masa dlm 5-10 minit, apatah lg kalau budak2 ni nak jawab. Terpaksa bertawakkal jela time jawab soalan2 cam tu. Yang penting hafal formula2 penting & aplikasikan dlm soalan sebanyak (serta secepat) mungkin. Kalau tak sempat nak jawab tu, tembaklah menggunakan sniper atau M16 setepat yang mungkin.


EJU lagi 21 hari lagi, tolak makan, minum, mandi, tidur dsbgnya, tinggal la 7 hari lagi untuk ulangkaji. Sebab tu la EJU Countdown tu dipostkan besar2 sbg peringatan !!..

Berusaha, berdoa & bertawakal lah.. Terima kasih.

Friday, October 22, 2010

Berita baik untuk FLY ke Jepun..

Baru2 ni kat Jepun heboh pasal tiket murah penerbangan Air Asia Malaysia-Jepun. Apehal heboh sangat tu, memang la pelik bagi kita kan. Bak kata Air Asia "Now Everyone Can Fly". So, don't worry because "Everybody Can Fly" but "only Somebody Can Pay to Fly" and "Nobody like fly (lalat la maksud aku)". Memang lah agak murah & senang la student Malaysia kalau nak balik Malaysia tiap2 tahun.
  

Harga tiket 300km shinkansen=tiket Air Asia Malaysia-Jepun

Dengar ceritanya, kalau naik shinkansen dari Niigata ke Tokyo (dalam 300km kot) harga tiket dlm RM 300 sama dengan harga Malaysia ke Jepun. WOWWW !! murahnya.. tu orang Jepun terkejut sangat tu. Al-maklumlah harga barang2 kat sana semuanya mahal2, kalau murah memang perkara luar biasa lah bagi diaorang. Bagi orang2 Jepun kat Malaysia ni dah anggap Malaysia ni macam kampung kedua diorang, perkataan "KAMPONG" memang pandailah diorang sebut. lagi gemar diorang sebut kampung daripada sebut villa ke village. Lepas ni jangan la korang risau kalau rasa tiket mahal nak ke Jepun atau nak balik ke Malaysia. Harap2 Air Asia teruskan harga murah ni & kalau boleh kasi free sahaja.. haha~ terima kasih.

Monday, April 26, 2010

Haluansiswa Pelajar Baru RPKJ (Kohai)..

Pada hari ni (26 Apr 2009), genaplah setahun pelajar kumpulan 28 RPKJ melanjutkan pelajaran kat Ambang Asuhan Jepun ni. Ulangtahun kami disambut dengan kedatangan pelajar baru RPKJ kumpulan 29 yg ade 82 org je.. Dengar citer JPA ada masalah sikit time2 nak pilih pelajar RPKJ, kononnya Biologi mesti gred A. last2, ramai yg mohon tak lepas. Pegi Jepun bukannya nak belajar bio sangat pon, apelah buat syarat2 camtu. and then, dengar citer org yang nak pilih pelajar RPKJ terberanak pulak time2 cam ni. So, pemilihan ade 'kacau' sikit. Marah Jaafar Sensei sebab penat2 dia terangkan RPKJ kat sekolah2 & at last JPA ade masalah pulak. Rugi tempat kosong yg kerajaan boleh taja tu.. harap2 brtambah lg bilangan junior RPKJ tahun ni, terutamanya onna (p0mpuan). hahahaha...

Saturday, February 13, 2010

Apa tu JALAN MELODI ?

nI BUKAN citer MELODI tV3 yang bikin PANAS !! tu, tp ni citer melodi jalan yg dicipta kat Jepun. Sebenarnya, terdapat jalan2 kat Jepun bila kita lalu dengan kereta, kita akan dengar melodi muzik jalan tu. Bayangkan lah, kalo time tu korang tengah ngantok, gerenti beb korang tersedar.. (eh2 !! ape bunyi ni???), & pastu mesti nak dengar melodi ape kat jalan tu.

Berdasarkan info, lebuh raya kat Hokkaido, Wakayama & Gunma ada jalan melodi (tak tau la skarang ade brape jalan..). Jalan muzik ni dicipta dengan menghasilkan longkang2 (gap atau jepun panggil mizo) kecil sepanjang jalan.

 Jarak (gap) yg rapat menghasilkan nyaring (pitching) yang tinggi, manakala jarak yang jauh sikit pula sebaliknya.. Kajian ni dilakukan oleh Hokkaido Industrial Research Institute, Jepun. Kombinasi getaran (vibration) menghasilkan melodi yang menarik. Kelajuan paling ideal kalau nak sedap dengar melodi muzik tu ialah pada kelajuan 60 km/h. Pehhhhh.... bijak giler orang Jepun ni, nak soh korang bawak slow2 diorang cipta jalan melodi ni. Pastu boleh hilang ngantok skali !! Kreatifnye..

Alangkah baiknya kalau kat Malaysia ade jurutera yang nak cipta jalan ni. Jangan cakap je, keje mesti jalan. Pasti dpt mengurangkan rasa mengantuk & mengurangkan kadar kemalangan. Oleh sebab tu la orang Jepun terkenal dengan daya kreatif & kebijaksanaan mereka. Harap orang Malaysia boleh mempunyai daya kreatif macam ni untuk bersaing di peringkat global.. Malaysia BOLEH !!

Friday, February 12, 2010

Tahniah kpd pelajar AAJ yg berjaya ke Jepun


108 penuntut Universiti Malaya ke Jepun

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Seramai 108 penuntut Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) dari Universiti Malaya (UM) akan berlepas ke negara itu bulan depan untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda.

Mereka merupakan kumpulan ke-27 sejak RPKJ yang dikendalikan oleh Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains UM diperkenalkan pada 1982.

Pro-Canselor UM, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, selain meneruskan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kursus itu juga untuk meningkatkan penguasaan teknologi negara.

"Dalam proses pembentukan negara maju, Malaysia sangat memerlukan teknokrat yang dapat menerima tanggungjawab dan arahan dalam menjalankan tugas masing-masing.

"Penghantaran penuntut ke Jepun merupakan satu bentuk latihan ilmiah dan praktikal untuk melatih pekerja mahir negara," katanya pada majlis penyampaian sijil tamat kursus RPKJ kepada 108 penuntut berkenaan.

Turut hadir Duta Besar Jepun di Malaysia, Masahiko Horie dan Pengurus Besar Sojitz Malaysia Sdn. Bhd., Makoto Mori.

Sementara itu, wakil penuntut, Hawa Alima Abdul Latiff berkata, dia dan rakan-rakannya sudah bersedia dari segenap aspek untuk melanjutkan pelajaran di sana.