Saturday, February 13, 2010

Apa tu JALAN MELODI ?

nI BUKAN citer MELODI tV3 yang bikin PANAS !! tu, tp ni citer melodi jalan yg dicipta kat Jepun. Sebenarnya, terdapat jalan2 kat Jepun bila kita lalu dengan kereta, kita akan dengar melodi muzik jalan tu. Bayangkan lah, kalo time tu korang tengah ngantok, gerenti beb korang tersedar.. (eh2 !! ape bunyi ni???), & pastu mesti nak dengar melodi ape kat jalan tu.

Berdasarkan info, lebuh raya kat Hokkaido, Wakayama & Gunma ada jalan melodi (tak tau la skarang ade brape jalan..). Jalan muzik ni dicipta dengan menghasilkan longkang2 (gap atau jepun panggil mizo) kecil sepanjang jalan.

 Jarak (gap) yg rapat menghasilkan nyaring (pitching) yang tinggi, manakala jarak yang jauh sikit pula sebaliknya.. Kajian ni dilakukan oleh Hokkaido Industrial Research Institute, Jepun. Kombinasi getaran (vibration) menghasilkan melodi yang menarik. Kelajuan paling ideal kalau nak sedap dengar melodi muzik tu ialah pada kelajuan 60 km/h. Pehhhhh.... bijak giler orang Jepun ni, nak soh korang bawak slow2 diorang cipta jalan melodi ni. Pastu boleh hilang ngantok skali !! Kreatifnye..

Alangkah baiknya kalau kat Malaysia ade jurutera yang nak cipta jalan ni. Jangan cakap je, keje mesti jalan. Pasti dpt mengurangkan rasa mengantuk & mengurangkan kadar kemalangan. Oleh sebab tu la orang Jepun terkenal dengan daya kreatif & kebijaksanaan mereka. Harap orang Malaysia boleh mempunyai daya kreatif macam ni untuk bersaing di peringkat global.. Malaysia BOLEH !!

Friday, February 12, 2010

Tahniah kpd pelajar AAJ yg berjaya ke Jepun


108 penuntut Universiti Malaya ke Jepun

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Seramai 108 penuntut Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) dari Universiti Malaya (UM) akan berlepas ke negara itu bulan depan untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda.

Mereka merupakan kumpulan ke-27 sejak RPKJ yang dikendalikan oleh Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains UM diperkenalkan pada 1982.

Pro-Canselor UM, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, selain meneruskan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kursus itu juga untuk meningkatkan penguasaan teknologi negara.

"Dalam proses pembentukan negara maju, Malaysia sangat memerlukan teknokrat yang dapat menerima tanggungjawab dan arahan dalam menjalankan tugas masing-masing.

"Penghantaran penuntut ke Jepun merupakan satu bentuk latihan ilmiah dan praktikal untuk melatih pekerja mahir negara," katanya pada majlis penyampaian sijil tamat kursus RPKJ kepada 108 penuntut berkenaan.

Turut hadir Duta Besar Jepun di Malaysia, Masahiko Horie dan Pengurus Besar Sojitz Malaysia Sdn. Bhd., Makoto Mori.

Sementara itu, wakil penuntut, Hawa Alima Abdul Latiff berkata, dia dan rakan-rakannya sudah bersedia dari segenap aspek untuk melanjutkan pelajaran di sana.